Stress Positif untuk anak-anak menghafaz Al Quran drp FB Encik Hafiz Sulaiman

Stress Positif untuk anak-anak menghafaz Al Quran

—————————————————————————–

Seringkali tekanan emosi melanda anak-anak yang menghafaz Al-Quran.

Terutamanya jika menghafaz ayat yang susah dan ibu/bapa pula garang macam tiger shark.

Ini menyukarkan pembelajaran dan didikan Al-Quran akan menjadi lebih mencabar buat ibubapa pendidik anak-anak huffaz.

Stress yang berlebihan dan berpanjangan (kronik) akan menyebabkan anak-anak hilang mood, tertekan, kepenatan dan ketakutan dengan tiger shark ?

Ini merupakan fisiologi normal respon badan manusia terhadap stress.

Al-Quran sendiri sebenarnya merupakan positif stress terhadap perkembangan otak anak-anak. Al Quran sendiri mempunyai kelebihan melatih bahagian otak kiri dan kanan serta tengah! (midbrain). Biasa kedengaran bukan, anak-anak huffaz ini mindanya LUAR BIASA.

Stress yang diberikan secara berkala kepada otak akan membebaskan spesis oksigen radikal yang berfungsi meningkatkan adaptasi badan terhadap stress.

Saya berpendapat adaptasi stress ini bukan sahaja akan menjadikan perkembangan otak anak-anak lebih cepat tetapi imuniti badan anak-anak akan menjadi lebih cerdas.

Beberapa bulan lepas saya berkesempatan memeriksa profil darah sebuah keluarga menggunakan teknik “live blood”.

Masha Allah darah anak yang menghafaz Al-Quran rupa bentuk darahnya sangat cantik berbanding adik beradik yang usianya tidak jauh berbeza. Kajian lanjut secara saintifik penemuan ini tentunya sangat menarik bukan?

Ya. adaptasi terhadap stress menjadikan anak-anak bertambah kuat.
Maka bagaimanakah caranya teknik Al-Quran boleh menjadi stress positif buat anak-anak anda? Saya kongsikan pendapat peribadi dan pengalaman saya.

1.Beri stress secara berkala.
–sikit stress -lebih sikit stress –lebih banyak sikit lagi stress –> hantam stress kaw2.

– Mulakan dengan surah yang mudah.

– Gunakan kaedah yang mudah dahulu :
chunking untuk newbie —>> teknik huffaz untuk yang sudah pro

– Bacakan anak tafsir intipati dan cerita berkenaan ayat yang dibaca. Jadikan Al-Quran lebih menarik dan insha Allah hafazan lebih mudah.

– Akhirnya, tekankan tajwid. Percayalah, belajar tajwid ala2 pak Arab memang stress tahap pro grin emoticon

2. Rendahkan “expectation” anda.

– Biar lambat asalkan selamat.

– Bawa kereta tak boleh stress dan anak anda bukannya racing ?? membaca Al-Quran dengan anak jiran anda.

– Ingat, badan ada had menangani stress terutamanya bagi newbie.

3. Zahirkan kasih sayang anda dalam didikan Al-Quran.

– Beri hadiah sebagai galakan namun perlu hati2 dengan sistem reward ini.
– Peluk dan usap anak setiap kali anak menelaah Al-Quran.

– Pendek kata, anak perlu rasa bahagia dengan Al-Quran.. bukannya mimpi buruk kena rotan sebab salah tajwid.

5. Halau jerung harimau dari persekitaran rumah.

– Pasangan memainkan peranan penting bersama mengawal stress.

– Ketakutan dan kesakitan akan meningkatkan bebanan stress dan anak akan mengaitkan Al-Quran dengan IMEJ YANG BURUK.

– Jika anda merasa marah, rotan diri anda sendiri jika perlu…sebagai peringatan ?

– Hasilnya anak menjadi tidak fokus, mengamuk, hilang mood dan main-main…… serta buat dekk je bila kena sound.

6.Makanan berkhasiat untuk meningkatkan adaptasi stress dan menstabilkan mood.

Keseimbangan Redoks, Omega dan Keradangan memainkan peranan penting dalam meningkatkan adaptasi stress.

Banyakkan sayur hijau dan kurangkan gula,gandum & bijirin.

Kesimpulannya, stress perlu dikawal dan diberi secara berkala kerana stress berlebihan akan menjadi toksik bukan sahaja kepada emosi anak-anak tetapi juga kepada fizikal badan anak-anak. Sekiranya berjaya menangani stress — kapasiti otak, kecerdasan minda dan ketahanan mental dan fizikal anak-anak akan menjadi luar biasa insha Allah.

Sekian perkongsian saya. Harap dapat memanfaatkan stress dalam membaca Al-Quran supaya mendapat ketenangan dan kemanisannya Insha Allah.

Bukan bapa jerung,

-Encik Healer-

# P/S: Anak peminat tiger shark

hadnur02

Add Your Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *