Fokus Utama Pembelajaran Homeschooling drp FB Anakku AlHafiz

Fokus utama pembelajaran Homeschooling ini ialah pendidikan Al-Quran sedari kecil..

kenapa Al Quran yang menjadi subjek utama?

“Sesiapa yang belajar Al Quran pada usia muda, maka Allah SWT menyebatikan Al Quran dengan daging dan darahnya.”
(hadis riwayat Abu Hurairah r.a)

Bagaimana pula dengan subjek-subjek lain?

selain dari Al Quran, saya juga sentiasa berusaha memperkembangkan kepintaran anak dalam bidang lain selari dengan teori Multiple Intelligence oleh Dr Howard Gardner.

kenapa Multiple Intelligence selain ilmu Al Quran?

kerana dikhabarkan ulama-ulama tersohor seperti imam Al Ghazali sangat menekankan bidang kepintaran(Multiple Intelligence) yang pelbagai ini

Imam al Ghazali pernah berhujah:

“Setiap manusia ada kecerdasan(Intelligences) masing- masing Kecerdasan yang ada pada manusia ibarat seperti benih di dalam pasir. Jika benih itu disiram dan dijaga dengan baik maka benih itu akan tumbuh dengan subur tetapi jika sebaliknya…..”
.
.
.
InshaAllah akan saya kongsikan mengenai bab Multiple Intelligence dengan lebih terperinci pada waktu akan datang.

hadnur03

Semoga semua disini dapat memanfaatkan ilmu yang ada.

 

Add Your Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *